Friday, 15 April 2016

1 Murid 1 Buku Di Tangan

TRANSFORMASI NILAM ABAD KE-21

PROFIL KUMPULAN

 NAMA: MASTURINA BINTI MOKHTAR 
UMUR: 17 TAHUN   
ASAL: MELAKA 
CITA2: USAHAWAN YANG BERJAYA
   MATLAMAT: MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN TINGGI  
       PADA  ILMU

NAMA: NURUL SHAHIRAH BINTI NOORDIN
UMUR: 17 TAHUN
ASAL: MELAKA
CITA2: PENSYARAH QURAN AS- SUNNAH
MATLAMAT: MENDIDIK GENERASI AGAR MENCINTAI DAN MENDALAMI ILMU SERTA MEMPRAKTIKKANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


NAMA: SARAFINAZ NURULAIN BINTI SUZUMAN
UMUR: 16 TAHUN
ASAL: MELAKA
CITA2: USAHAWAN @ GURU
MATLAMAT: MELAHIRKAN GENERASI YANG RAJIN MEMBACA




 APAKAH NILAM?

"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

Ini merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

                                                             
MATLAMAT

Program NILAM bertujuan untuk membina tarbiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.


OBJEKTIF
  • Menjadikan pelajar banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.



LAGU TEMA NILAM 







CONTOH ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN  TAHUN 2015.

  Tokoh NILAM 2015
             

 Nama beliau Nur Maisarah Mortaza dari Sekolah Tun Fatimah yang mewakili Johor dalam kategori Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris) meraih tempat ketiga dalam Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.





AKTIVITI-AKTIVITI NILAM YANG DIADAKAN DI SEKOLAH.


                                                              Jom Baca 10 minit !

Program “Jom Baca 10 minit” ini diadakan pada setiap hari selasa hingga khamis pada jam 11 pagi. Program ini bertujuan untuk menambahkan lagi tahap pembacaan pelajar- pelajar pada pencapaian nilam di samping meningkatkan minat membaca dalam diri setiap pelajar.

Program ini telah melibatkan semua warga sekolah Mekar.








Program 1 Murid 1 Buku



Program 1 Murid 1 Buku merupakan salah satu aktiviti Program Pelancaran Bulan Bahasa yang diadakan pada setiap tahun. Setiap warga Mekar perlu mewakafkan sebuah buku untuk disumbangkan ke perpustakaan sekolah.





PENCAPAIAN NILAM


                                   
NAMA

BACAAN
TAHUNAN

        GRED 
TAHUNAN

BACAAN TERKUMPUL

GRED                   JAUHARI
MASTURINA BINTI MOKHTAR
116
      TERTINGGI
           418
NILAM
NADIATUL JANNAH BINTI NAZARUDDIN
100
      TERTINGGI
           414
NILAM
DIANA ROS BINTI IKHWAN
72
      TERTINGGI
           273
EMAS
NUR AISYAH BINTI KHALIL
129
      TERTINNGI
           264
EMAS
MASTURINA BINTI MUHAMMAD KAMIL
104
      TERTINGGI
           213
PERAK
RABIATUL ‘ ADAWIYAH BINTI KADIER
72
      TERTINGGI
            72
GANGSA






PENERIMA- PENERIMA ANUGERAH NILAM






Majlis Pelancaran Nilam yang telah diadakan pada 29 Februari yang lalu seawal jam 7.30 pagi di Dataran Jihad, MEKAR. Program ini bertujuan untuk  memberi pengiktirafan kepada pembaca buku terbanyak dan menekankan kepentingan membaca bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan luas.

Program ini dirasmikan oleh En. Zaidi Bin Jaafar, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Melaka.










RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

  •       Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku  dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
  •       Murid-murid pada tahap rakan pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
  •          Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan ativiti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga, dan jiran.
  •       Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
  •       Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.